Borneo Care

Seminar Peranan Gereja dalam Pembangunan Negara, Murum

Seramai lapan puluh orang peserta daripada 4 buah kampung di sekitar pedalaman Murum sangat gembira dan diberkati menyertai program yang berlangsung pada 23-25 Februari 2016 bertempat di Gereja BEM Long Wat, Murum, Sarawak.

Perjalanan ke Murum yang mengambil masa 5 Jam dari Bandar Miri, Sarawak yang begitu mencabar tidak menghalang penceramah untuk datang memberi kesedaran tentang isu-isu semasa dan undang-undang di dalam negara.

Selain itu, penduduk tempatan juga belajar tentang bagaimana mempertahankan hak-hak dan memperdalamkan iman mereka bagi membangun umat Gereja dan menjadi masyarakat yang bertanggungjawab.

Peserta amat gembira dan bersyukur dengan kehadiran seminar ini yang banyak mendorong mereka untuk berdoa bagi suku bangsa, Gereja dan negara serta mengukuhkan iman mereka kepada Tuhan.

Peserta amat berharap agar seminar ini berterusan di tempat mereka. “Saya merasakan bahawa program ini telah memberi saya kesedaran untuk melayani dengan setia di Gereja”. kata Enjelly Pasang, belia di BEM Long Wat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *