Borneo Care

Seminar Pembangunan anak Negeri Melalui Pendidikan & Ekonomi 2016

350 orang Anak Negeri yang berasal dari Sabah dan Sarawak telah menghadiri Seminar Pembangunan Anak Negeri Melalui Ekonomi dan Pendidikan di Dewan UCSI di Cheras, Kuala Lumpur pada 21 Mei 2016.

Seminar ini adalah anjuran bersama di antara Borneo Care dengan Gereja Katolik, Gereja Sidang Injil Borneo, Jaringan Kesatuan Gereja Bahasa Malaysia dan Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM).

Sesi tentang pendidikan & ekonomi di dalam seminar ini telah membangkitkan semangat orang muda untuk memulakan inisiatif untuk membantu komuniti mereka. Sesi ini dibentangkan oleh wakil daripada 24/7 Doa Malaysia & kumpulan Starfish.

Pada waktu petang, YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa memberi ceramah atas topik “Adakah Islam Agama Terrorisme?” Ini merupakan satu topik yang amat dekat dengan keadaan semasa di mana terrorisme telah mengancam keselamatan di banyak negara di dunia termasuk juga Malaysia.

Peserta yang datang dari pelbagai Gereja di semenanjung Malaysia telah bersama aktif mendengar & berkongsi pendapat sepanjang sesi yang telah dijalankan.

Para peserta juga tersentuh dalam sesi doa untuk gereja dan negara di mana mereka semua berdoa untuk gereja dan negara.

Tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang datang telah mendapat penjagaan yang baik dengan sesi interaktif daripada kumpulan pendidikan Impian Malaysia.

Ramai peserta berharap program seperti ini akan berterusan untuk memberi kesedaran dan semangat kepada mereka.

Turut hadir ke seminar adalah Monsignor Leonard Lexson, Pr Alfred Tais, Rev Wity Kendu, Bro Tan Kong Beng, Rev Juining Babia & Sr Susan Dulang.

 

13308755_579379695573722_4122465074522308102_o 13301279_579362625575429_5505337123444904221_o 13305035_579377838907241_4115470798682576086_o 13323188_579377565573935_3138635489618436114_o 13323811_579362518908773_5951639914080351585_o 13308325_579362668908758_1407712934059831529_o 13301264_579375678907457_4822461056922600768_o 13323335_579377005573991_4631638201809919201_o 13304945_579362408908784_1102199198234240048_o 13320736_579362282242130_3749077168116225443_o 13254937_579362195575472_1065466974414940774_o 13305025_579362078908817_5765326545556394913_o 13254914_579362085575483_5901621981231973860_o 13243921_579362338908791_6551082666167793165_o 13308422_579362628908762_220880306590187284_o

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *