Borneo Care

Seminar Kesatuan Kristian Membawa Impak, Tenom, Sabah 2017

Kejayaan seminar ini adalah hasil daripada kesatuan yang erat di antara denominasi berlainan yang terdapat di dalam Majlis Gereja-Gereja Tenom. Berlangsung selama 2 hari bermula dari 9 hingga 10 June 2017, seramai 150 peserta telah mengikuti sesi yang meliputi isu-isu terkini di dalam negara.

Bertempat di Taman Pertanian Sabah, Tenom, peserta telah banyak memahami undang-undang dan hak mereka sebagai umat Kristian. Mereka berharap agar kesatuan yang dibina akan dapat diteruskan untuk menguatkan lagi hubungan mereka dalam iman.

“Saya ingin memperkukuh lagi iman dalam hidup saya dan membantu golongan yang dalam kesusahan untuk mendekatkan mereka kepada Tuhan” kata salah seorang peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *