Borneo Care

Seminar Katekis Keuskupan Sibu di Kuala Lumpur, 9-14 November 2015

1

Peserta “Seminar Katekis Keuskupan Sibu” bergambar bersama-sama

Acara “Seminar Katekis Keuskupan Sibu” telah diadakan pada 9-14 November di Pusat Pastoral Keuskupan Agung, Jalan Robertson, Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 45 orang anak negeri Sarawak dari Keuskupan Sibu dengan kerjasama Gereja Katolik Kuala Lumpur.

Penceramah datang dari latar belakang yang berbeza antaranya adalah ahli akademik yang berpangkalan di Sarawak, Paderi, Pastor Gereja, penatua gereja, aktivis-aktivis hak-hak & kesedaran, ahli NGO dan sebagainya.

Ramai menyatakan hasrat untuk mewujudkan lebih banyak sesi dan program seperti ini. Ada yang menyatakan bahawa mereka ingin bekerjasama dengan Borneo Care untuk mengadakannya di Keuskupan dan Gereja mereka. Adalah kali pertama bagi sesetengah mereka terdedah kepada realiti sebenar daripada cabaran dan keadaan yang membimbangkan mengenai keadaan perubahan di Sarawak.

Kesimpulannya, keterbukaan dan penerimaan peserta adalah penting untuk membolehkan mereka memperoleh manfaat daripada sumber-sumber daripada sesi dan aktiviti disediakan semasa Seminar ini. Hakikatnya bahawa ramai menyatakan hasrat untuk menganjurkan sesi yang sama seperti ini, bukan sahaja dari orang dewasa namun para belia juga sangat menggalakkan.

Borneo care berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan yang membanggakan dalam seminar ini.

6

Pembentangan dari peserta tentang peranan Kristian

7

Ajaran Sosial Gereja Katolik dari Fr Stanley Antoni

8

Fr Justin Joannes, SJ

10

Hak dan perlembagaan di Malaysia

12

Isu-isu alam sekitar di Sarawak oleh Sdr Peter Kallang

14

Kumpulan Katekisma Good Shephard membuat demo dalam mengajar kanak-kanak dengan berkesan

16

Sesi berdialog bersama Hannah Yeoh serta barisan pemimpin Adun yang lain

17

Para wanita juga harus mempunyai hak untuk bersuara di dalam pemerintahan

18

Peserta mengambil kesempatan menanyakan soalan

19

Istana Kehakiman Negara

20

Bergambar di hadapan Pejabar Perdana Menteri

21

Datuk Ambiga menyampaikan tentang hak-hak rakyat dalam politik

25

Pr Alfred memimpin sesi doa untuk Negara

28

Peserta bertolak kembali ke KLIA2. Terimakasih kerana telah bersama menjayakan program ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *