Borneo Care

Seminar Integriti Pemulihan Bangsa, 20 Mei 2017

Bertempat di Le Quadri Hotel, Cheras, Selangor. Program tahunan kali ini membincangkan peranan Gereja dalam membina negara yang berintegriti, rasuah dan budaya Borneo, Integriti dalam pilihan raya dan transformasi yang dibawa oleh Kristian di Indonesia.

Seramai 240 orang peserta hadir dan 30 kanak-kanak telah diberi penjagaan khas. Penceramah yang dijemput adalah Uskup Agung Julian Leow, Tan Sri Simon Sipaun, jannie Lasimbang, Pr Joshua Christian, Pr Mike Jalleh dan Ir Janang Bungsu.

Kejayaan ceramah kali ini diterima baik oleh peserta kerana setiap ceramah memberi semangat dan mengajar mereka menilai diri dalam meneguhkan integriti dalam pelayanan mereka. Seorang peserta berkata “saya akan membuat perubahan bermula dari diri saya dan berdiri teguh dalam menghadapi masalah seturut dengan kebenaran Firman Tuhan”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *