Borneo Care

Seminar & Himpunan Doa Serian, Sarawak, 21 November 2015

1

Peserta di dalam dewan bergambar bersama

 

“Kita tidak dapat menunggu orang lain untuk mengubah kita, justeru kita harus membuat tindakan terlebih dahulu”, kata Seorang peserta dari kampung Seroban.

240 orang peserta telah menghadiri seminar ini di Dewan Ranchan Serian pada 21 November 2015 anjuran bersama Borneo Care dengan Gereja Katolik St Teresa, Serian, Sarawak.

Sepanjang seminar ini peserta telah didedahkan dengan sejarah perjanjian dan pembentukan Malaysia, hak dan perlembagaan serta nilai-nilai Kristian dalam doa. Kesedaran dan pengetahuan yang didapati oleh peserta telah memupuk mereka untuk berkongsi dan melakukan sesuatu bagi komuniti mereka.

Penceramah yang hadir datang dari latar belakang yang berbeza dan mempunyai pengalaman yang arif tentang realiti yang dihadapi oleh anak negeri Sarawak dan Gereja di Malaysia. Mereka sangat membantu dalam memberi sesi yang bermanfaat kepada peserta. Turut hadir ke seminar adalah Rev Fr Paul Herry selaku Paderi paroki Gereja St Teresa, Serian bersama-sama mengikuti seminar.

2

Puji & Sembah

3

Sesi pertama

4

Sesi tentang hak & perlembagaan

5

Peserta mengamati dan memahami sesi seminar

6

ceramah yang sangat informatif tentang sejarah perjanjian dan pembentukan Malaysia

7

Rev Pr Wity Kendu

8

Peserta mengambil kesempatan mengajukan soalan

9

Sdr. Fred Juppilin memimpin sesi doa untuk Negara

10

Sesi berakhir dengan penilaian program dari peserta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *