Borneo Care

Seminar & Doa untuk Gereja dan Negara Sook, Keningau, Sabah, 30-31 October 2015

1

SEMINAR & DOA UNTUK GEREJA DAN NEGARA GEREJA ROH KUDUS SOOK, KENINGAU, SABAH

“Perdamaian, kesatuan & kerendahan hati yang ditunjukkan oleh semua pemimpin Gereja membuat saya merasa seperti sebuah keluarga yang telah terpisah selamat disatukan kembali’. Kata salah seorang peserta.

Bertempat di perkampungan Sook, Sabah, lebih 400 orang peserta telah menghadiri seminar ini di Gereja Katolik Roh Kudus pada 30-31 Oktober 2015. Anjuran bersama Borneo Care dengan Perhimpunan Anak Negeri (PAN), Sidang Injil Borneo & Gereja Katolik Roh Kudus, Sook, Sabah.

Mereka diberi peluang untuk mendengar ceramah daripada anak negeri Sabah sendiri iaitu Sdr. Jika George, Adrian Lasimbang, Pr Esther Golingi serta rakan-rakan seperjuangannya daripada PAN. Isu-isu yang diketengahkan membuatkan penduduk tempatan Sabah mengenali budaya sendiri dan melakukan sesuatu bagi membela hak-hak orang asal di Sabah. Bersama hadir ke seminar adalah peguam Allen Miranda dan Rev Fr Ronnie Luni selaku Paderi paroki Gereja Roh Kudus, Sook yang menyambut baik kedatangan umat ke seminar.

Sepanjang sesi seminar diadakan, peserta amat tersentuh dengan adanya peserta yang berlainan denominasi ada bersama hadir dan berdoa bagi Gereja & Negara. Ramai juga umat yang terdorong untuk membina mezbah doa secara peribadi, keluarga & Gereja.

2

Tempat ruangan seminar

3

Pendaftaran awal peserta

4

Peserta bersatu hati dalam pujian & sembah

5

Sdr. Jika George

6

wanita yang datang daripada kampung terdekat

8

Pendaftaran pada hari kedua seminar

10

Pastor Esther Golingi

11

Rev. Fr. Ronnie Luni

9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *