Borneo Care

Seminar & Himpunan Doa Untuk Gereja & Negara, P. Pinang, 24 Oktober 2015

Pulau Pinang adalah salah satu tempat dimana ramai orang muda Sabah & Sarawak belajar di Universiti dan ada juga yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.

Pada 24 Oktober bertempat di Holy Spirit Cathederal Church, Sabtu, Borneo Care bersama dengan Gereja Katolik, Excel Point Community Church (EPCC), Tabernacle of Grace (TOG), Full Gospel Assembly(FGA), Gereja Bethany Penang, SIB George Town, Gereja Anglikan, El Shadai, Bukit Mertajam Baptist Church(BMBC) menganjurkan sebuah program seminar & doa.

Penceramah yang turut hadir menyampaikan sesi mereka adalah Pr Danil Raut, Sr Susan Dulang, Tamoi Janggu, Ir Spencer Klumai dan Rev. Ps. Alfred Tais.  Bersama hadir ke seminar adalah uskup Pulau Pinang, Rt. Rev. Sebastian Francis yang telah memberi ucapan pembukaan kepada peserta yang hadir.

Seramai 120 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang diadakan kedua kalinya di Pulau Pinang.

Kebanyakan peserta amat gembira dengan program seperti ini kerana dapat membuka mata mereka dengan isu-isu terkini di Malaysia.  Peserta juga tersentuh sepanjang program ini kerana dapat berkumpul bersama-sama dengan umat Sabah & Sarawak yang lain dalam berdoa bersama-sama untuk Gereja & negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *