Borneo Care

H’punan Pelajar Kristian dlm Pemantapan Iman untuk Membina Negara.

Pada 18 Mac 2017, Borneo Care bersama dengan pelbagai denominasi Gereja di Tanjong Malim telah mengadakan sebuah program yang melibatkan mahasiswa dari UPSI.

Program yang berlangsung di Gereja The Most Holy Redeemer telah memberi kesedaran kepada peserta tentang menentukan pasangan hidup serta memahami komitmen dan hak mereka sebagai anak negeri dan umat Kristian.

Salah seorang peserta berkata “Saya terdorong untuk membuat filem animasi yang mengajarkan tentang nilai baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil”. Peserta juga tersentuh untuk terus menguatkan iman mereka dalam menghadapi cabaran.

Sambutan amat menggalakkan di kalangan 90 orang peserta yang menghadiri program ini sehinggakan mereka berharap agar masa seminar dipanjangkan dan diadakan lagi di tempat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *