Pada 9 hingga 14 April 2016, kami pergi “mission trip” yang ke-3 ke Sarawak. Apabila sahaja kami sampai di Bintulu. Kami dibawa untuk berdoa & berkumpul bersama belia dari SCRIPS. Mereka terkesan & berasa lebih bersemangat untuk memperjuangkan hak mereka melalui kesedaran & pendidikan.
Selain itu, Sesi mini di 2 rumah panjang di Sebauh Bintulu bersama-sama dengan Rev Wity Kendu yang memberi ceramah tentang cabaran Gereja di Malaysia. Sesi berkumpulan yang diadakan telah melatih mereka untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh komuniti mereka & mempersiapkan mereka dalam mencari jalan penyelesaian. Pertemuan kami dengan Rev Ramdan dari Gereja Anglikan membuka pintu untuk membincangkan program yang boleh dilakukan bersama umat mereka pada masa hadapan.
Perjalanan yang mengambil masa 3 Jam dari Bintulu ke rumah panjang di, Belaga hanyalah perkara biasa bagi penduduk di situ. Tanpa membuang masa kami bertemu dengan pemimpin tempatan di Belaga & berdoa bersama untuk negara. Kami turut bertemu dengan pemimpin Gereja untuk membincangkan program yang sesuai yang dapat diadakan. Harapan mereka untuk membawa Kristian yang berlainan denominasi dapat bersatu sebagai anak-anak Tuhan dan prihatin terhadap satu sama yang lain.
Dari Bintulu kami terbang ke Sibu dan mengambil kesempatan melawat rumah panjang di rumah Bungan, Sibu bersama Paderi Anglikan & memberi sedikit informasi tentang Borneo Care.
Kesimpulannya, mereka lebih memahami peranan mereka sebagai rakyat & Kristian.